This blog is about my life. And speaking of life, anything can happen. So, this blog is actually more about anything that happen while im living my life =)

Wednesday, November 17, 2010

"Selamat Tinggal Tok..."

Sempena Raya Haji Korban yang Istimewa ni, wa mau story sama lu suma...


"...haa dah balik keja? dah besaq dah..." , ujar wanita berusia 65 tahun itu kpda aku. " Hai tok, hai tokwan.." aku mmbalas smbil mncium tgan mereka. Aku telah bekerja selama hampir 8 jam straight slma dua hari berturut2, sebagai part-time waiter di satu function di UiTM Shah Alam. Aku menerima upah rm5 / per hour, dan mndpat rm85 secara total selama dua hari tersebut. ade org anggap ianya tak berbaloi, nmun aku percaya pengalaman yg diperoleh amat lumayan.

Tok dan tokwan snggup travel dari Kedah ke Kuala Lumpur, demi mmbantu mama mngurus kn bnga2 telur dan beberapa isu remeh lain. Mama akan menikah pda besok hari, iaitu 20.10.2010, mmg tarikh yg istimewa. Aku juga sepatut nya mnjalani ujian Speaking MUET pda hari itu. " Mlm ni smbut bday tokwan kat umah Aunty Yuyun kat Putrajaya. Bangmie nk ikot? " tnya mama. " Letih la..malas la plak.." balas aku dgn muka yg x bermaya. " Haa xpa2. bngmie dok umah rehat nah." Tanpa kata apa2, aku trus msuk ke bilik. aku hnya berharap mama ambil byk gmbar lantas melelap kn mata.

Keesokan nya, Alhamdullilah, semua nya brjalan dgn lancar. aku dpat tajuk yg mudah ntuk dihurai dlm test muet tu. dan mama telah selamat di ijab kabul dgn Nik Azli yg aku percaya akan dpat mmbahagia kn mama aku. Byk saudara mara mnghadiri ke mjlis prkahwinan yg kecil ni, tapi aku tak nmpak bayang2 tok. aku dpat tahu drpada Aunty Yuyun, bahawa tok tidak sihat dan x mampu datang. tok mmg slalu sakit2, jd aku anggap seolah-olah takda apa2.

Days later, i decide to stay with my dad, since i still have a few weeks for my sem break. My mom said she can send me there, because uncle Nik have some meetings at Pasir Gudang anyway, and my mom can see my little sister. So its a win-win-win situation. Had a great time with my dad and step-mom. Went to s'pore on the weekends.

2 weeks passed, and i had to go back to KL to sit for the rest of the MUET test. Ayah sent me to the bus station and I began traveling alone from
Masai > Bkt Jalil > Taman Tasik Selatan > KL Central > Sentul East. I was kinda lost at first. but at least now i know that the STAR LRT didnt go to straight to KL Central. And i was home again.

13th November 2010, after 4 hours of stress and tension, i finally got to erase all my worries in my sem break. It will be good things from now on...or so i thought.

Time tu pkul 5.30 pgi, aku tgah asyik melayan facebook, mcm biasa la. tiba2, ada satu msg msuk dlm inbox. aku igt ada spammer yg slalu dok hntar bnda bkn2 kat aku. rupanya dri Toksu aku, tajuk msg tersebut adalah sperti berikut :

"Tok meninggal pagi tadi hilmi jam 2.30pg 14hb November 2010"


Aku x dpat mnggambar kn keadaan aku time tu. mcm2 yg ada di fikiran aku. ada juga aku fikir yg toksu aku melawak. aku rasa marah brcampur ragu2. akhir nya, aku menitis kn air mata buat seketika waktu. pelbagai flashback ketika aku brsama tok semasa kecil dlu dan memori2 kali terakhir semasa aku mnyambut raya haji aidilfitri dengan nya taun ini.

Mama dgr brita ini, dia mnjadi lemah longlai, x daya untuk mnahan esakan tangisan nya. Aku hnya mendgr suara mama brckap di telefon, pecah2 suara nya, sementara aku, tnpa mnunjukkan sebarang emosi, memasuk kn bju2 ke dlm beg. Kakak juga tidak mnunjuk kan sebarang emosi.

Perjalanan KL ke Kedah slalu nya ambil masa 4 jam, nmun kali ini, 2 jam sdah mncukupi untuk mmbawa kami sekeluarga ke pntu pagar hadapan rumah tok. kami berempat bergegas msuk. aku tidak hirau kn org2 yg berada di dlm dan trus ke ruang tamu, di mana aku ternmpak sebuah katil, katil yg tok guna kn untuk merehat kn sendi2 nya yg lenguh dan tmpat tok slalu melelap kn mata nya. di atas katil tu, aku trnmpak satu susuk tubuh, di tutup dgn kain berwarna putih. mama mnghampiri tubuh itu, dan menyelak sedikit kain putih tersebut.

Mama trus menangis dan memeluk tubuh itu. uncle nik hnya memandang tepat ke arah nya. aku mndekati katil tersebut, dan terlihat muka yg sgt aku knal. muka yg aku slalu tatap semasa masih setahun jagung dlu. muka yg memarahi aku apabila aku buat sesuatu yg nakal dan muka yg selalu menyuruh aku pergi sembahyang di masjid di hdapan rumah nya. Muka Tok tak byk berubah sejak kali terakhir aku jmpa dia. kecuali kali ini, muka Tok lebih pucat dari seblom nya. aku hnya mmpu menitis kn air mata smbil mgucap innalillah. Kemudian aku nmpak tokwan, merah mata tokwan. kesan air mata yg byk mengalir kuar dri nya sejak semalam. aku mncium tangan tokwan dan duduk di kerusi sebelah katil tok, kitab yassin di tangan.

Slepas Asar, solat jenazah didiadakn di msjid hdapan rumah. Ini merupa kn kali kedua aku solat jenazah dlm hidup aku. yg pertama semasa arwah kawan aku yg meninggal akibat kecelakaan jln raya. aku hnya mmpu menitis kn air mata dan sedekah kan al-fatihah kpda arwah semasa mnghadiri mjlis pengebumian nya.

Arwah Tok di tanam di msjid tidak jauh dari rumah. bkn msjid yg berada di hdapan rumah tok, kerana masjid   itu tak mmpunyai kawasan lapang yg mncukupi. aku melihat keranda yg mmyimpan jasad Tok di tanam dlm tanah yg msih merah dan lmbut. cuaca ketika itu mendung, dan hujan secara renyai, bagai mnggmbar kn perasaan dan suasana masa itu.

Tok adalah yg anak kedua dripada 10 adik beradik. Tok juga merupakn yg pertama untuk meninggal kn dunia sementara ini. dan mnunggu tiba nya hari Kiamat nnti. Tahlil diadakn slama 3 mlam brturut turut ntuk mngingati arwah.

Mama ada cakap, dia ada telefon arwah smalam sblom arwah pergi. Mama menyatakn hasrat nya ntuk pulang ke kmpung pda hari selasa ntuk mnymbut hari raya korban brsama. aku amat terkilan apabila mama cerita kan hal ini. aku juga tak sabar ntuk pulang ke kmpung sblom masuk semula ke menara gading. untuk brsua muka dgn org2 tua yg telah menjaga aku semasa aku kecil dlu. yg telah memanjakan aku bkan sahaja dgan kasih sayang, malah teguran dan nasihat yg tak terkira. Tetapi apa kan daya, manusia hanya mampu merancang, namun hanya Tuhan yang mampu tentukan. 


Mungkin aku sepatut nya lebih kerap telefon dan brtnya kabar mereka. Tpi kesilapan dahulu tidak boleh di ubah, tetapi ia boleh di jadikn peringatan. Insyaallah, mulai hari ini, aku akan kerap mnghubungi insan insan trdekat, kerana kita tidak tahu bila pula masa nya untuk kita pergi.

"...haa dah balik keja? dah besaq dah...", kata2 terakhir arwah kpada aku, aku berani bertaruh, ketika itu, arwah tok tengah memikirkn kenangan2 lalu. " Selamat tinggal tok..."

Dalam Ingatan, Kini & Selamanya :

Pada suatu masa dahulu...
Aku, Tokwan, Tok
Maafkn Bangmie Tok...

Al-Fatihah Dilaungkan 3 kali





Tinggal 9 daripada 10 beradik.
Yang sulung dari kiri :
Tok Long, Tok Lang, Tok Jang, Tok Teh
Tok Tam, Tok Im, Tok Uda, Tok Su
"Wahai Wan Su bt Idris...daripda tanah kamu dijadikan, maka
ke tanah
lah kamu di kembalikan..."

6 comments:

  1. innalillahiwainailaihirojiun...
    banyak kan berdoa untuk tok ye.

    ReplyDelete
  2. al-fatihah buat arwah.
    sedih bace cerita hg, teringat kat arwah tokwan aku T______T

    ReplyDelete
  3. moga Allah ampunkan segala dosa arwah.segala yang terbaik utk perjalanan di sana

    ReplyDelete
  4. Takziah buat ko and family. Semoga roh tok wan dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang2 yg beriman.




    p/s : ehhh,kenapa cik span kuning pun ada kat sini?

    ReplyDelete
  5. eyh, cik kar pun ad kat sini? *wondering.
    sebab saya terdrop dekat blog budak ni, then terbaca entry ni.

    ReplyDelete
  6. sumpah nearly cried..da la bca kat ofis...
    gud job..plz update more..mine will mnyusul kmudian..harap mklum~

    ReplyDelete

About Me

My photo
Full name is Zulhilmi bin Mohamad Salleh. Born on 17th September 1992. In St. Agnes Hospital, in Fresno, California. I love to do just about anything, just as long i have the mood for it. Such as blogging, dh lame nk start tpi x start2 gak, sbb malas. aha~ Im just human like the rest of you, so expect me to make mistakes. =)

Skodeng'd o.O

Stalkers