This blog is about my life. And speaking of life, anything can happen. So, this blog is actually more about anything that happen while im living my life =)

Friday, December 10, 2010

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah

Assalamualaikum,


Pada entri kali ni, sya akan point out pasal 7 golongan yang akan mndapat naungan Allah di akhirat kelak. Kebanyakan dri korang mngkin dh tawu pasal hadis ni. Sya pula bru tawu pasal hadis ni malam td, setelah mndengar tazkirah di surau sementara perindu. Betapa jahil nye saya. aha.


Bismillah, 


Daripada Abu Hurairah r.a. pula, katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu :



1) Imam/Pemimpin yang adil


- Konsep keadilan dianggap amat penting dlam Islam, dan dimana semua Muslim, pemerintah dan yang diperintah, harus praktik kan tanpa sebarang pengecualian. 
Keadilan bererti memberikan setiap hak yang dia layak, Muslim atau bkan Muslim, sekutu atau musuh. 
- Allah berfirman : 
"... Dan janganlah kamu biarkan kebencian menyebabkan kamu untuk bertindak tidak adil, nescaya itu lebih dekat kepada takwa.  [Surah al-Ma'idah (5):8]


2) Pemuda yang hidupnya sentiasa dalam mengerjakan ibadah kepada Tuhannya


- Pada awal zaman kehidupan kita, terutama nya semasa remaja, amat berfaedah untuk beribadat kerana pada alam ini badan msih sihat, kuat tenaga nya, pendengaran dan penglihatan tajam. Persepsi yang tinggi. 
- Dan pada zaman ini juga kita akan dapat cabaran,ujian dan godaan sebagai nya. Pada zaman ini kita mudah lentur dengan hiburan dan hasutan syaitan.
- Namun ingat lah 5 perkara sebelum 5 perkara, "muda sebelom tua, sihat sebelom sakit, kaya sebelom miskin, lapang sebelom sempit dan hidup sebelum mati." 


3) Orang yang hatinya terikat pada masjid


- Sesungguh nya masjid itu adalah rumah Allah, dan terdapat hadis yang menyata kan dua hayunan kaki ke dalam masjid sudah dianggap besar ganjaran nya di sisi Allah. (hadis yang mane sya x igt zz)
- Bayang kan betapa besarnya lgi pahala jika kita beribadat dan berdoa di dalam rumah-Nya.


4) Dua orang yang berkasih sayang kerana Allah, di mana kedua-dua berkumpul dan berpisah untuk mndapatkan keredhaan-Nya.


Mencintai satu sama lain kerana Allah bererti bahawa Islam tidak cinta yang lain kecuali atas kebenaran agama-Nya.
'Allah, the Mighty and Magnificent says:
'Those who have mutual love for the sake of My Glory will have pillars of light and will be envied the Prophets and martyrs.' 
- Bayang kan pesuruh-pesuruh Allah serta mereka yang mati syahid berasa iri hati terhadap kita. Betapa besar kehormatan nya.


5) Orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya lagi rupawan untuk bersatu (berzina) dengannya lalu ia menolak dengan berkata: "Aku takut kepada Allah!"


- The Quran verses reads
'And as for him who feared standing before his Lord and restrained himself from impure evil desires, verily Paradise will be his abode.' [Surah an-Nazi'at (79):40 1].
-
Ini bermaksud, sesiapa yang takut akan Tuhan nya, dan berjaya menghalang diri nya daripada melaku kan maksiat, maka ada tempat untuknya di syurga kelak.

6) Orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh tangan kanannya

-
 Ini bermaksud, keikhlasan hati untuk memberi sedekah atau melaku kan kebaikan.
- Tidak ramai yang mampu menyembunyikan kebaikan yang dilaku kan kerana wujud nya perasaan riak dan menunjuk-nunjuk dengan harapan untuk orang memuji dan mengetahui perbuatan baik kita.

7) Orang yang menyebut atau mengingati Allah dengan keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah
- Tangisan tidak semestinya menunjukkan bahawa kita lemah, malah Rasullullah dan sahabat nya sering menangis.
- Ini kerana tangisan melambangkan balasan Tuhan dan keikhlasan sanjungan kita terhadap-Nya.
- Rasul berfirman:
" Tidak ada yang lebih dicintai Allah daripada dua titis dan dua tanda: Setitis air mata kerana takut kepada Allah, dan setitik darah tumpah di jalan-Nya. Dan untuk dua tanda, maka tanda disebabkan di jalan Allah, dan tanda-tanda yang disebabkan oleh memenuhi salah satu kewajipan-Nya..."

7 golongan di atas lah yang akan mendapat naungan dan rahmat Allah di akhirat kelak. Oleh itu, marilah kita bertaqwa dan sentiasa berada di jalan yang benar.  Kerana tiada naungan lain pada hari akhirat selain naungan-Nya...

Terima kasih kpada Abang Muhd Noor kerna telah mmberi tazkirah yang baik dan mudah difahami.
Arigato gonzaimas jua kpada Syad, Nazrin, Khairul, dan lain-lain yg hadir kerna telah brkongsi sedikit sebnyak nasihat yg bermkna dan cerita-cerita yg sya jarang dengar. atau mngkin sya yg taknak dgar sblom ini...astaghfirullah.

Kebanyakan daripada isi-isi di atas diambil dari website :

http://www.islaam.net/main/display.php?id=606&category=6
http://almuhaqqiq.blogspot.com/2009/05/7-golongan-yg-mendapat-naungan-arasy.html
http://peribadirasulullah.wordpress.com/2009/09/07/allah-menaungi-7-golongan/
dan blogger-blogger yang lain.

1 comment:

About Me

My photo
Full name is Zulhilmi bin Mohamad Salleh. Born on 17th September 1992. In St. Agnes Hospital, in Fresno, California. I love to do just about anything, just as long i have the mood for it. Such as blogging, dh lame nk start tpi x start2 gak, sbb malas. aha~ Im just human like the rest of you, so expect me to make mistakes. =)

Skodeng'd o.O

Stalkers